Entri yang Kecohabes (Busuk.org)

Saturday, 6 August 2011

Berus Kosmetik SimplySiti Dari Bulu Babi, Tidak Lepasi Permohonan Halal



KUALA LUMPUR – Keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti keluaran syarikat milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza adalah bulu babi.
Justeru, permohonan produk berkenaan bersama belasan produk lain untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ditolak oleh mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia, demikian menurut sazuya.blogspot.com.

Kegagalan permohonan itu disahkan menerusi sepucuk surat dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang bertarikh 20 Julai yang lalu dan ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang.
Selain SimplySiti, syarikat dan produk-produk lain yang turut gagal dalam permohonan untuk mendapatkan sijil berkenaan Elken Sdn. Bhd., Kyros Kebab, Noodle Station, Puratos Sdn. Bhd., Kilang Makanan Mamee Sdn. Bhd. dan Roti Utama.
Sementara itu, blog beautifulnara.com berkata, pihaknya agak pelik sebab kalau tak silap dulu pernah dengar cerita yang Simply Siti telah disahkan halal oleh pihak-pihak tertentu.
“Kenapa tiba-tiba boleh jadi tak halal pulak? Kita nantikan penerangan daripada pihak Simply Siti kelak,” katanya.
Pada bulan Mei 2010, kurang dua bulan dari permulaan jualan produk itu di pasaran, SimplySiti menerima anugerah “The Best Halal Product” dalam kategori Kosmetik oleh Halal Journal Magazine.
SimplySiti, produk kecantikan dan kosmetik yang diasaskan oleh Siti Nurhaliza pada bulan Mac 2010 bakal melebarkan sayap perniagaannya ke Brunei dan Indonesia.
Siti adalah Presiden dan pemilik SimplySiti Sdn Bhd.
Mereka yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk kosmetik SimplySiti, bolehlah melayari www.simplysiti.com.my.
Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini, memetik ohbulan.com.
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza
Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Sumber : mynewshub
Comments
5 Comments

5 komen yg Kecohabes:

Miz Novexx said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adesss, isu piglet ni tak habes2....

KecohAbes said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

byk sgt psl isu nih..huu~

fahmie firas said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

crayon said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hang tak takut kena saman ngan siti ka?

KecohAbes said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ade sumber ma... :)

Kecohabes Labels

Pelik (127) Lawak (122) Cool (65) Informasi (60) Unik (57) Bangang (43) Fail (39) Video (38) Worldless Wednesday (18) Serius (16) artis (15) Bola (13) Kereta (11) Awek (10) Sengal (10) China (6) Kreatif (6) Cat (5) Extreme (5) Horror (5) Kucing (5) Malaysia (5) Raya (5) Teknologi (5) Transport (5) rumah (5) Binatang (4) Comel (4) Gabungan (4) Harimau Malaya (4) Iklan (4) Santai (4) perempuan (4) Baby (3) Exam (3) Fesyen (3) Gajet (3) Gamer (3) Japan (3) PC (3) Puasa (3) Ramadhan (3) Sebelum dan selepas (3) Singapore (3) Taik (3) aksesori (3) Bahaya (2) Boy (2) Bra (2) Bulu (2) Buncit (2) Chrome (2) Couple (2) Firefox (2) Game (2) Girl (2) Google Chrome (2) Handphone (2) Internet Explorer (2) Jambatan (2) Keretapi (2) Kosmo (2) Manchester United (2) Mercedes (2) Spongebob (2) Superb (2) Toilet (2) Wedding (2) tv3 (2) 2014 (1) 27 (1) 3D (1) Agama (1) Alien vs Predator (1) Anjing (1) Apple (1) Arab (1) Arsenal (1) Atlet (1) Babi (1) Berbuka (1) Berus (1) Bibir (1) Billionaire (1) Boobs (1) Brazil (1) Budak (1) Bus stand (1) CC (1) Ciplak (1) Cosplay (1) Cover (1) Cun (1) Daim (1) Deodorant (1) Diving (1) Duit (1) Eiffel Tower (1) Fat (1) Filem (1) Foto (1) Friend (1) Gangster (1) Geli (1) Gila (1) Gol (1) Google (1) Gym (1) Hack (1) Hair (1) Halal (1) Hotel (1) Illusion (1) Implant (1) India (1) Indonesia (1) Israel (1) JPJ (1) Jersi (1) Juvana (1) KFC (1) KL (1) Kangkang (1) Kawan (1) Kek (1) Kembar (1) Kesian (1) Kosmetik (1) Liverpool (1) Lukisan (1) MU (1) Manu (1) Mata (1) Memo (1) Menara (1) Mickey (1) Muntah (1) Mynewshub (1) Nakal (1) Optical (1) Pencil (1) Perak (1) Pervert (1) Peti surat (1) Photography (1) Piala Dunia (1) Pink (1) Plat (1) Poster (1) Princess (1) Puteri (1) Rambut (1) Romantic (1) Ronaldo (1) Russia (1) Safee Sali (1) Sharpener (1) SimplySiti (1) Siti Nurhaliza (1) Smart (1) Sokernet (1) Spender (1) Stacy (1) Style (1) Suka-suka (1) Surgery (1) Swimming (1) Syiling (1) TV (1) Teapot (1) Terjun (1) Thumb drive (1) Tindik (1) Tip (1) Typography (1) Urinal (1) Website (1) Weight (1) Weird (1) World Cup (1) Ziana Zain (1) bajet (1) buah-buahan (1) c (1) cinta (1) free (1) fruit (1) gitar (1) ipad (1) lelaki (1) mcd (1) mcdonald's (1) panda (1) photoshop fail (1) receipt (1) seksi (1) teksi (1) telur (1) tingkat (1)