Selalunya jika kita lihat di Malaysia, landasan keretapi di sini tidaklah terlalu ekstrem. Biasanya laluan tersebut diatas tanah rata, melainkan monorail, putra dan star lrt. hehehe!(bru je nk wat ayat serius sket,da bhsa rojak sampai..huhu.) Tapi di negara² luar, kita boleh lihat bagaimana landasan tersebut yg melewati laut, gunung-ganang dan sebagainya. Korang boleh tgk sendiri gambar kat bawah ni..
10. Kuranda Scenic Railway, Australia
Scenic bermaksud pemandangan yang indah walaupun terpaksa melalui landasan yang tinggi. Landasan ini telah dibina sejak 1800 lagi dan ia melalui Barron Gorge National Park. Terdapat air terjun yang cantik disebelah landasan tersebut.
9. Argo Gede Train Railroad, Indonesia
Laluan dari Jakarta ke Bandung ini akan mengambil masa kira-kira 3jam. Terdapat pelbagai pemandangan yang cantik sepanjang laluan tersebut. Landasan jambatan yang terdapat di dalam gambar dipanggil jambatan Cikurutug. Ada juga berlaku kemalangan di situ iaitu pada tahun 2002, tetapi tiada mangsa dilaporkan mati.